assalamua'laikum,
hope this great info can help mummies out there :)
Kelahiran cahaya mata adalah kemuncak penantian sebuah kehamilan; pertama kali melihat wajah cahaya mata maka terasa kesemua kesakitan ketika bersalin lenyap. Walaubagaimanapun, sejurus selepas itu, merupakan saat-saat yang paling ditakuti oleh kebanyakan ibu-ibu; saat apabila anda ditentukan oleh amalan kepercayaan temurun (di Malaysia sekurang-kurangnya) untuk menjalani ‘program’ berpantang pasca-bersalin yang terdiri daripada makanan tawar, penggunaan kipas atau penghawa dingin yang minimum, pergerakan fizikal yang minimum, berada dalam keadaan bertutup dengan pelbagai jenis balutan dan lapisan pakaian. Malah, ada juga yang terpaksa tidak bermandian sehingga berhari-hari kerana ditakuti melanggar pantang larang. Senarai ini tidak berkesudahan dan jika saya mempunyai masa dan dana untuk berbuat demikian, satu kajian yang teliti tentang amalan berpantang bagi setiap kumpulan budaya di Malaysia akan menemui buku terbitan saya yang perumpamaannya seperti sebuah kamus.
Kini, saya tidak ragu-ragu tentang para ibu yang memilih untuk mematuhi semua amalan-amalan ini. Malah , terdapat juga kebaikan dalam menambahkan lagi pengalaman kepada ibu-ibu muda. Walau bagaimanapun, satu perkara yang hampir sentiasa tersebar luas hingga ke hari ini adalah keperluan segera para bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk kembali kepada bentuk badan dan berat ketika pra-kehamilan , dan ini adalah hampir dapat dicapai dengan melalui sekatan pemakanan. Bidan kampung atau ‘wanita berpantang’ mempunyai amalan mereka tersendiri ’10 Rukun ‘ di mana para ibu baru perlu mematuhinya. Dan terdapat satu daripadanya yang mengungguli senarai teratas ialah sekatan makanan. Sesetengahnya pula, hanya menjalani diet seperti bubur nasi cair, dengan taburan ikan bilis dan juga halia; ada juga antaranya yang tidak memakan langsung buah-buahan dan juga sayur-sayuran kerana dikhuatiri akan menyebabkan perut dimasuki ‘angin’; sementara ada juga yang hanya memakan sup panas. Terdapat juga segelintir yang melupakan rutin kehamilan mereka dengan tidak mengambil makanan tambahan yang diperlukan dan disyorkan. Apa jua amalan pemakanan dalam tempoh ini, sebenarnya adalah tidak mencukupi.
Semasa bersalin, badan mungkin telah kehilangan sejumlah besar darah. Tisu-tisu perlu diperbaiki dan biasanya tenaga dan kekuatan anda perlu ditambah semula. Ini hanya boleh dicapai dengan mengekalkan pengambilan diet yang teratur ketika sedang berpantang. Ia selamat untuk ibu-ibu yang sedang berpantang (dengan syarat mereka tiada alahan) untuk mengambil protein yang betul seperti ikan, ayam dan daging, di mana ia adalah asas penting untuk kerja-kerja pemulihan yang diperlukan oleh badan. Karbohidrat dan intipati lelemak diperlukan dalam membekalkan tenaga dan juga proses-proses metabolik yang lain. Vitamin dan mineral yang terdapat dalam kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan, juga berkepentingan dalam menyokong semua proses penyembuhan badan. Oleh itu, pada asasnya, kesemua makanan yang anda ambil ketika mengandung, MASIH sangat relevan dalam tempoh berpantang anda. Ini seterusnya dapat menampung makanan tambahan yang pernah diambil ketika mengandung dahulu. Malahan, ibu-ibu yang berterusan mengambil makanan tambahan ini akan pulih lebih cepat dan akan menikmati pengalaman keibuan yang lebih baik.
Secara naturalnya, ibu-ibu yang baru, berhasrat untuk menyusukan bayi mereka untuk suatu tempoh masa yang baik. Walau bagaimanapun,terdapat juga aduan biasa (dan memilukan hati) di kalangan ibu-ibu bahawa jumlah susuan mereka tidak mencukupi. Selain mendapat sokongan yang ampuh (psikologi & moral) dari orang-orang yang tersayang, satu lagi cara yang terbaik untuk mendapatkan pengaliran susu ibu yang baik adalah dengan memastikan diet yang optimum dalam tempoh berpantang ini. Ini, ditambah pula dengan penghidratan yang baik, adalah penting dalam menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Justeru itu, ibu-ibu baru tidak seharusnya menyekat pengambilan air mereka. Terdapat beberapa amalan selepas bersalin tempatan yang menyekat pengambilan air kerana takut menggalakkan perut mengembung. Melainkan terdapat sebarang kontraindikasi ketara (seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda), cuba untuk kekal terhidrat secukupnya dengan meminum sejumlah air yang dicadangkan , kerana ini dapat memberi manfaat kepada ibu dan bayi. Tambahan pula, ibu-ibu yang menyusukan anak secara terus, akan segera kembali langsing dan ini akan menjadi alasan dan motivasi yang cukup baik bagi anda untuk makan dan minum dengan teratur dan menyusu-badan pada masa yang sama.
Satu lagi isu yang biasa di kalangan ibu-ibu ialah keperluan untuk bersenam. Tidak dinafikan, proses bersalin secara normal adalah memenatkan dan akan menyebabkan anda berasa keletihan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda mempunyai tenaga dan atas cadangan doktor anda untuk berbuat demikian, cubalah untuk menggabungkan beberapa senaman yang teratur yang menggerakkan otot teras anda. Otot teras yang kukuh pasti akan memberi kesan yang lebih kekal daripada mana-mana korset atau bengkung badan. Ini tidak tidak termasuk ibu-ibu yang telah melalui C-Seksyen. Sebaik sahaja doktor anda memberi kebenaran, luangkan masa untuk membina otot dan stamina, dan bentuk badan yang diimpikan, dapat dicapai.
Terdapat banyak latihan-latihan yang disyorkan dalam talian untuk ibu baru, tetapi saya mencadangkan bahawa anda berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti seperti itu. Kebanyakan pengamal kesihatan akan mengesyorkan untuk memulakan senaman selepas 6 minggu bersalin. Ini harus dimulakan dengan beberapa aktiviti ringan untuk membiasakan diri anda dengan latihan fizikal. Kekuatan akan terbina secara beransur-ansur dan dengan penggabungan diet yang betul , anda akan kelihatan ramping dalam sedikit masa lagi. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa, senaman itu adalah sangat penting. Banyak lagi isu-isu yang dibahaskan dalam amalan berpantang di kalangan wanita di Malaysia. Walau bagaimanapun, isu-isu pengambilan makanan dan minuman yang betul begitu juga senaman, diketengahkan untuk menggalakkan kesedaran tentang apa yang elok untuk mana-mana ibu-ibu baru. Lagipun, tiada salahnya dalam membuat pilihan yang tepat supaya keindahan bersama cahaya mata dapat dinikmati.
Artikel ini diterjemah dari : http://www.mmgazette.com/the-confinement-period-a-post-delivery-nightmare-dr-ayu-akida/ oleh Raja Maizatul Azaria.
Dr. Ayu Akida adalah seorang pakar kesihatan awam yang mempunyai minat dalam perubatan keluarga dan kesihatan wanita. Ketahui beliau dengan lebig lanjut dalam laman The Team.
Rujukan:
- Lovelady, C 2011, ‘Balancing exercise and food intake with lactation to promote post-partum weight loss’, The Proceedings Of The Nutrition Society, 70, 2, pp. 181-184, MEDLINE with Full Text, EBSCOhost, viewed 22 October 2013.
No comments:
Post a Comment