Sunday, March 31, 2013

ujian

assalamua'laikum
setiap ujian yg ALLAH berikan adalah kerana ALLAH sayang kepada kita.
kita tidak boleh salahkan ALLAH atau sesiapa andai ujian itu menimpa kita kerana mungkin ada dosa yg pernah kita buat sebelum ni dan menjadikan ia kafarah dosa kita. allahu allah. dh buat dosa pn ALLAH masih sygkan kita kn :( ''. kerdil sungguh diri ini di bumi mu ya ALLAH 

berikan diriku kekuatan dan ketabahan untuk terus maju sebagai hambamu ya ALLAH :)

Tuesday, March 26, 2013

CINTA ALLAH CINTA YANG MEMBAHAGIAKAN



cinta,
cinta,
kasih,
sayang,
semua ini adalah kerana yang membezakannya adalah keikhlasan yang bertakhta di hati kita,
kerana anugerah terindah ini adalah nikmat pemberian ALLAH,
tanpa belas kasihan ALLAH, kita sebagai hambanya xkan pernah merasa nikmat cinta ini,
allah hadirkan cinta ini dalam pelbagai bentuk,
nikmat pendidikan, nikmat keluarga, nikmat kekayaan, nikmat kesusahan, nikmat mempunyai cinta suami atau isteri,
ALLAH, ALLAH, terlalu banyak cinta yg allah salurkan kepada kita tapi kita lupa,
lupa untuk bersyukur ,
lupa untuk menghargai,
lupa untuk mengucapkan alhamdulillah,
kerana kita tidak pernah merasa cukup, muhasabah diri kita semula untuk bersyukur dengan setiap perkara yang hadir di dalam hidup kita,
setiap pelngi kehidupan yang mewarnai hidup kita,
setiap luka yang kita lalui,
itu semua nikmat yg allah berikan supaya kita menjadi hamba yg bersyukur,
ya, bersyukur itu kuncinya,
andai hari ini kita terus mempersoal dan mepertikai, perkataan syukur itu tidak akan pernah terdetik, malah kita akan terus menjadi hamba yg lupa asal usulnya,
septutnya kita perlu redha dengan qadha dan qadar ALLAH, barulah lengkap rukun iman kita,
alhamdulillah ya ALLAH.. di atas nikmat2 mu :)

dewasa ini, kita sering di lalaikan dengan cinta manusia,
cinta dari cerita korea, hindustan, english, cerita melayu malah lebih lagi rasanya impaknya kepada kita,
melayu yang sepatutnya sinonim dengan islam tetapi islam pada nama sahaja?
ALLAH, tolonglah lindungi seluruh umat islam supaya sentiasa berada didalam hidayah mu,
aku disini menulis bukan kerana aku terlalu baik, tetapi kerana aku percaya cinta kepada ALLAH dan RASUL akan membawa kepada cinta insan yang mencintai ALLAH DAN RASUL juga,
cuma aku takut, aku takut jika umat islam yg  terus lalai dengan cinta duniawi ini akan lari dari rahmat mu, masakan aku tidak takut kerana bukan aku mahu masuk ke syurga seorang diri tetapi aku mahu semua umat islam bersama2 melangkah masuk ke jannah mu ya ALLAH.
bangkitlah dan sedarlah saudaraku, cinta yg sejati yg akan membawa kita ke syurga adalah dengan jalan perkahwinan,
islam tidak melarang atau menghalang fitrah manusia untuk bercinta,
malah disalurkan dengan cara yg barakah iaitu PERKAHWINAN
indahnya cinta ini, indahnya percaturan ALLAH,
inilah salah satu jihad kita, jihad kita menahan nafsu sehingga ke jalan yg diredhai ALLAH.

adakah aku masih mempunyai peluang untuk merasai nikmatmu ini ya ALLAH?
AKU YAKIN JIKA BUKAN DI DUNIA INI , DI SANA NANTI AKU PASTI BERTEMU DENGAN JODOH PERKAHWINAN KU:)