Thursday, July 12, 2012

bagaimana syaitan menyambut ramadhan

assalamualaikum

BAGAIMANA IBLIS MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

RASULULLAH S.A.W Menyoal si Iblis mengenai puasa bulan Ramadhan....

Jawab Iblis...

" Ya Rasulullah ! inilah satu bencana amat besar bagiku. Bila tibanya bulan ini, bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi, dan semua Malaikat bersukaria. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat kurnia besar dari Allah. Dosa mereka di ampuni, digantikan dengan pahala kebajikan dan tidak ditulis kesalahan mereka selama berpuasa.

" Yang lebih menyakitkan hatiku lagi, ialah semua isi langit, bumi serta semua makhluk yang bernyawa sentiasa mendoakan mereka, siang malam memohon keampuanan. Bagi mereka yang berpuasa, akan dimerdekakan Allah setiap hari Ramadhan dengan 1.000 merdeka dari azab neraka....semua pintu neraka akan ditutup dan dibukakan semua pintu syurga. Pada hari bermulanya umatmu berpuasa, datanglah malaikat kepadaku denga garangnya,lalu menangkap aku bersama angkatan tentera aku,terdiri dari Jin,Syaitan dan Ifrit.

" Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas,lalu dimasukkan kami kedalam perut bumi yang paling bawah sekali. Di sini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa. Selepas itu barulah kami di bebaska, ini supaya umatmu mersa kesenangan dalam mengerjakan ibadat puasa"

Begitulah cerita Iblis kepada Rasulullah.

Dengan kehadiran Ramadhan tahun ini, moga bertambahlah sinar kebahagiaan di dunia dan akhirat buat kita semua..Amin Yarabbal Alamin...