Monday, September 15, 2014

wedding preparation, sebelum bernikah :)

assalamua'laikum 
hai semua :)
lama rasanya tak update blog ni. 
siapa sisters dekat sini yang tengah buat preparation untuk kahwin?angkat tangan cepat.! :D
insyaALLAH hari ni saya nak share sikit tentang prosedur dan apa yang perlu sisters semua buat supaya sisters semua dapat kahwin on time, eh hehe mksdnya time yg sisters semua plan, dan insyaALLAH dengan izin ALLAH :)

perkara pertama yang sister dan pasangan perlu ada adalah SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN
macam mana nak dapatkan sijil ni sister boleh pergi dekat laman web jabatan agama islam selangor (since saya dan pasangan orang selangor:) kalau negeri lain maybe lebih kurang sama)
TEKAN LINK untuk info mengenai kursus pra perkahwinan
atau atau atau, sesiapa yg ada kenalan dalam JAIS boleh la suruh dorg book kan. heheh

ni sijil kursus pra perkahwinan

the book and guideline that will be given on course day 

 the souvenir. time pegi kursus ni bulan ramadhan jadi dapat kuih bangkit dalan beg ni, so xrugi pergi kursus kahwin ni ya, :D

NEXT, in between sister dah book tarikh untuk kursus pra perkahwinan sisters boleh pergi dekat lama web NCR (nikah ruju' cerai) JAIS ni untuk tgk apa yang perlu buat. 

apa yang perlu sisters buat baca apa yang ada dekat situ. ada mengenai perkahwinan dan yang penting prosedur perkahwinan. okay, untuk dapatkan borang kahwin seperti yang dinyatakan dalam prosedur perkahwinan sisters kena log in dulu dalam web NCR ni : the most important tips, DONT FORGET YOUR PASSWORD YA, kalau lupa kena call jabatan agama :)
 
klik picture for largest image

bila dah log in kita akan isi semua yang diperlukan dan kena print borang tersebut (in pdf form) 

ATTENTION sisters:) bila dah print borang ni kena bawak borang ni jumpa dengan pendaftar nikah dekat tempat masing2 dan kena bawak wali dan 2 orang saksi ya
dan yang paling penting BORANG KEBENARAN BERNIKAH PIHAK LELAKI,BORANG PENGESAHAN HIV dan SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN pun kena bawak sekali

EXPIRY DATE: borang ni perlu di selesaikan sekurang2 nya 2 bulan sebelum tarikh nak nikah, lagi awal dari tu xboleh tau :)

untuk BORANG PENGESAHAN HIV ni sisters hanya boleh dilakukan di klinik kesihatan kerajaan sahaja. klinik swasta tidak dibenarkan. tak perlu bawak apa2 cuma pergi ke klinik kesihatan berdekatan tempat tinggal sisters dan cakap nak buat HIV test. then the nurse there will inform the next step.  
macam saya, saya pergi ke 2 buah klinik kesihatan (KK seksyen 19 dan seksyen 7)
both clinic we can attend for the test, unfortunately time saya pergi KK seksyen 19 die kata kit untuk test xde. jadi saye procerd to KK seksyen 7. alhamdulillah.settle on that day jugak. around 2 hours procedures and waiting :)

EXPIRY DATE: borang pengesahan HIV ni valid fro 6 months dari tarikh kita perform and dpt approval the test dari doctor. 
 the fee: rm 1 ja, kerajaan murah :)

ni borang yang kena isi untuk test tu, cucuk tangan untuk amek darah necessary ya, hee:)

NEXT, bila dah jumpa pendaftar nikah dengan borang yang telah diprint tadi , borang kebenaran nikah pihak lelaki bersama wali dan 2 orang saksi (saksi ni untuk dapatkan pengesahan pendaftar nikah, saksi masa nikah pendaftar nikah yang sediakan) and pendaftar nikah dah sahkan borang tadi , kena bawa borang yang dah disahkan oleh pendaftar nikah bersama sijil pra perkahwinan, borang kebenaran bernikah lelaki dan borang HIV test ke pejabat agama daerah masing2 (macam saya pejabat agama daerah klang) untuk dapatkan kebenaran bernikah daripada pejabat agama. 

ni borang kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh pejabat agama daerah. 

nampak macam complicated, tapi insyaALLAH jika kita follow step yang dh diberitahu and kalau musykil call pejabat agama terus :) semoga perkongsian yang tidak seberapa ni dapat membantu sisters semua membina rumah ALLAH. ameen. doakan keberkatan rumah tangga saya dan suami juga ya. jazakallahukhair :)

No comments: