Monday, August 30, 2010

jgn tido,,bgn2

salam alaik..hehe,,sekadar berkongsi... rasa kurang sket stress nak exam bila tngok bnda ni..harap2 sahabat2 jgn stress lebih2 yer...ingat Allah selalu...

Jommm exercise...=) Bulan puasa nie memang kiter rasa mengantuk .. so nak hilang kan ngantuk mari samer2 buat routine nie !
Siapa yang mengantuk cubalah routine ni!


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress...


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn trase plak


akhir sekali
buat joget kucing...
kalau tak hilang juga ...
ambil lah bantal kecik ... gi tidur bawah meja ........

Saturday, August 14, 2010

TRUE LOVE


pada suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya.
pada ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

pelajar:cikgu mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sbg org yg paling kita sayang?dan macam mana kasih sayang itu nk berkekalan?

cikgu: ok,kamu ikut apa yg saya suruh.
kamu pergi ke padang.kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.
pilih YANG PALING CANTIK tanpa menoleh kebelakang lagi. walaupun sekali.
dah petik rumput yg apling cantik kamu bawa ke kelas.

apabila pelajar itu pulang ke kelas tiada sehelai rumput pn di tangannya.
cikgu bertanya kenapa tiada rumput yg dipilih?

pelajar: tadi masa saya berjalan saya cari rumput yang paling cantik,mmg ada byk yg ctk tp cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi..tapi sampai ke penghujung padang saya xjumpa pun yang paling cantik.mungkin ada di antara yg dibelakang saya tadi rumput yg paling cantik. tapi cikgu ckpxboleh menoleh kebelakang semula ,jadi tiadalah rumput yg saya boleh petik,

cikgu: ya itulah jawapannya.maknanya APABILA KITA TELAH BERJUMPA DENGAN SESEORANG YG KITA SYG,JGNLAH KITA MENCARI YG LEBIH BAIK DARI ITU,
KITA PATUT MENGHARGAI ORG YG ADA DI DEPAN KITA SEBAIK-BAIKNYA .
JANGAN KITA MENOLEH KE BELAKANG LAGI KERANA YG DAH BERLAKU TETAP BERLAKU.SEMOGA YANG TELAH BERLALU TIDAK BERULANG LAGI,

DAN INGATLAH ORG YG PALING KITA SYG ITULAH YG PALING CANTIK DAN PALING BAIK. WALAUPUN JIKA DI IKUTKAN BYK LAGI YG CANTIK DAN BAIK SEPERTI RUMPUT ITU TADI.

Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa


esok dh nk puasa..
ramadhan pn dh nk tiba..
moge ketakwaan aku padaNYA juga bertambah..insyaALLAH..
aku harap aku dpt berubah menjadi hambaNYA yang terbaik..
dan aku mendapat petunjuknya..bimbing aku ya ALLAH..
semoge ibu bapa ku angah ku adik ku hasbul hadi ku kwn2 ku juga mendapat manfaat yg baik dari bulan yg mulia ini..
sama2 kita berusaha tuk mendapat keberkatan yg maximum di bulan yg mulia ini..cayok2!

Monday, August 9, 2010

remember me


oh ye..saye balik umah ari sabtu aritu..
balik dr imu pkl 6 lebih camtu..solat asar dulu..then solat maghrib..then mkn2 dulu..lapa sgt..huu
mkn kat cafe ngn kira,idayu n ili..pastu kira anta g lrt kg baru..thanks babe..sampai kat s.alm 10 lebih camtu..huuu
2la gedik lagi nk balik kn,..hee,,sbb next week nekad xnk balik!poyo.
pagi selase baru balik hostel..hehe

mr adi pn g kem insaniah tu ari ahd pkl 7 baru sampai..mesti pnt kn?
hope u enjoy your day:)

okla..nk study..take care dear..
daaa

Thursday, August 5, 2010

zikir

ZIKIR (1)

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan hambaKu, Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati-Ku di dalam hatinya, maka Aku mengingatinya dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku dekatinya sedepa. Dan apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku dekatinya dengan berlari.”

Keterangan Hadis;

a) Pertamanya, Allah SWT berfirman, “Aku bertindak terhadap hamba-Ku sebagaimana yang disangkakan olehnya.” Maksudnya; hendaklah sentiasa mengharap kurnia dan rahmat dari Allah SWT, janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat-Nya walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa-dosa dan kesalahan kita pasti akan dibalas. Adalah kemungkinan besar bahawa Allah SWT mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurnia-Nya. Tersebut dalam Quran:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya);..”(An-Nisa’: 116)

Akan tetapi tidaklah semestinya segala dosa-dosa itu akan diampuni. Lantaran itulah, para ulama’ mengatakan bahawa iman adalah antara harapan dan ketakutan.

Rasulullah SAW mengunjungi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul maut, lalu Baginda bertanya kepadanya, “Apakah hal kamu ini?” Jawabnya, “Ya Rasulullah, aku mengharapakan Rahmat Allah dan aku takut dengan-Nya kerana dosa-dosa aku.” sabda Baginda, “Jika kedua-duanya iaini harapan dan ketakutan didapati dalam keadaan seperti ini, nescaya Allah SWT mengurniakan apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti.”(JAMAAUL FAWAAID)

Diberitakan dalam satu hadis, bahawa seorang mukmin menganggap maksiatnya seolah-olah berada di kaki sebuah gunung dan gunung itu akan terhempas ke atasnya. Sebaliknya seorang penderhaka menggap dosanya seolah-olah seekor lalat yang berada disampingnya dan kemudian lalat itu diterbangkan, iaini orang yang tidak mempedulikan langsung akan dosanya itu. Jelas sekali bahawa seseorang itu harus merasa takut terhadap maksiat yang telah dilakukan dan juga mengharap Rahmat Allah SWT.

Hazrat Muaz r.a meninggal dunia kerana penyakit taun. Ketika beliau menghadapi sakaratul maut, beliau berkata, “Ya Tuhanku, demi kemulian-Mu, Kau mengetahui hamba mencintai-Mu.” Ketika wafatnya hampir tiba, beliau berkata, “Wahai maut, selamat datang, alangkah bahagianya tetamu ini, tetapi ia mengunjungi aku ketika aku mengalami kebuluran.” Selanjutnya beliau berkata, “Ya Tuhanku, Kau mengetahui bahawa hamba sentiasa takut kepada Kau, tetapi kini hamba mengharapkan rahmat-Mu, Ya Tuhan, walaupun hamba mencintai kehidupan dunia ini, namun bukanlah disebabkan ingin menimbunkan harta kekayaan menerusi pertanian dan sebagainya, tapi bertujuan menahan haus yanag amat sangat di musim panas yang terik dan menahan segala rupa penderitaan demi untuk mengembangkan agama-Mu dan untuk menyertai halakah alim ulama’-Mu dengan secara isttiqamah” (TAHZIBUL-LUGHAT).

Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hadis ini mengandungi keterangan mengenai tindakan terhadap hamba menurut sangkaannya iaini tentang keadaannya secara umum dan bukan tentang keampunan dosa-dosa itu. Doa-doa memohon sihat, murah rezeki, keamanan dan lain-lain itu semuanya termasuk di dalamnya. Umpamanya doa, iaini apabila seseorang yakin dengan sebenar-benarnya bahawa doanya itu diterima, maka benarlah yang doanya itu akan diperkenankan. Sebalaiknya apabila ia tidak meyakini doanya tidak diterima atau bersikap sambil lewa terhadap penerimaan doa itu, maka begitu jualah yang diperbuat Allah SWT terhadapnya.

Sebagaimana dalam hadis lain, diterangkan bahawa doa seseorang itu diterima selagi dia tidak berkata doaku tidak diterima nanti (prejudis terhadap penerimaan doanya). Begitu juga mengenai kesihatan, kemewahan dan urusan-urusan lain.

Di dalam satu hadis ada menyebutkan bahawa jika seseorang yang mengalami kebuluran dan menceritakan halnya pada orang ramai, maka orang itu tidak akan memperoleh kemewahan hidup, sebaliknya sekiranya ia memohon dan bermunajat kepada Allah SWT, maka keadaannya akan berubah kelak. Oleh itu, dalam apa jua keadaan pun, hendaklah kita bersangka baik pada Allah SWT. Perkara ini juga berulang kali diperingatkan oleh Allah dalam Al-Quran;

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.” (Luqman: 33)

“Adakah dia telah mengetahui akan perkara yang ghaib atau adakah dia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?. Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.” (Maryam: 78-79)

b) Keduanya, Allah SWT berfirman dalam hadis kudsi yang tersebut di atas bahawa “Aku bersamanya tatkala hamba mengingati Aku”.

Di dalam hadis lain ada disebutkan bahawa “Aku bersamanya: iaini Aku bertawajjuh kepadanya dan Aku melimpahi Rahmat-Ku ke atasnya.

c) Ketiganya, Allah SWT berfirman di dalam hadis yang tersebut di atas: “Kusebut dia dalam jemaah yang lebih baik (maliakat) : iaini aku membanggakan dia atas para malaikat kerana sebab-sebab berikut;

i. Manusia dijadikan mengikut satu sistem yang terkhas yang diletakkan pada kejadiannya itu dua unsur yang tetap bertentangan antara satu dengan yang lain iaitu ketaatan dan kemaksiatan. Jadi mentaati dan mematuhi Allah SWT di dalam keadaan sedemikian itulah yang menyebabkan Allah membanggakan mereka di atas para malaikat.

ii. Tatkala Allah SWT menjadikan manusia, para malaikat pernah berkata “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),” (Al-Baqarah: 30). Para malaikat berkata demikian kerana unsur fasad dan kerosakan yang akan diletakkan pada manusia nanti. Sebaliknya unsur fasad dan kerosakan ini tiada terdapat pada para malaikat, oleh sebab itulah mereka berkata, “padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu” (Al-Baqarah: 30).

iii. Ketaatan manusia lebih afdal daripada ibadat para malaikat kerana manusia beribadat tanpa mengetahui apa-apa disebalik pemandanagannya, sebaliknya para malaikat telah mengetahui dan menyaksikan apa-apa yang terdapat pada alam akhirat. Maka hakikat inilah yang diisyaratkan dalam firman Allah SWT (hadis kudsi) yang bermaksud, “Maka bagaimanakah gerangan mereka (manusia) menyaksikan syurga dan neraka?”. Dengan demikianlah Allah SWT memuji mereka yang sentiasa mengingati-Nya dan beribadat kepada-Nya.

d) Keempatnya, Allah SWT berfirman dalam hadis di atas, “Jika manusia datang mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku dekatinya dengan berlari; iaini jika seseorang hamba menuju kepada Allah SWT, maka Rahmat dan Kurnia Allah SWT lebih cepat menuju kepadanya. Kini terserah pada setiap manusia jika ingin mendapatkan Rahmat dan Kurnia Allah SWT, maka hendaklah mereka itu sendiri menuju dan mendekatkan diri pada-Nya.