Monday, February 11, 2013

kecantikan yang sebenar

assalamua'laikum
rakan2 dan para pembaca yang di kasihi
saya ingin berkongsi sedikit petikan dari buku yg saya baca bertajuk CINTA TIGA RASA , penulisnya noraslina jusin (isteri Dr zaharuddin abdul rahman)

''wanita adalah umpama kuntuman mawar . mekar indah dengan pelbagai warna, putih bersih, merah muda , merah menyala dan kuning di raja, akan tetapi pada setiap penghujungnya, semua kuntuman mawar itu akan dihidu dan dinilai dengan cara yang sama , iaitu melalui keharumannya yang semerbak walau apa pun warnannya. lalu begitulah juga kita, dengan pelbagai bentuk tubuh, ketinggian dan paras rupa, pengakhirannya kita semua memiliki satu ciri yang sama, kecantikan semula jadi kurniaan Yang maha Adil lagi Bijaksana. bersyukurlah!!
namun, jangan lupa wahai muslimahku, kecantikan luaran hanya sementara, kecantikan dalaman yang seharusnya lebih kita jaga dan perhati sentiasa. sebaik- baiknya jika indah rupa luaran pada pandangan manusia , mudah - mudahan cantik juga jiwa di dalam yang lebih di pandang tuhan yang masa esa. ''


nice kan perkongsian ini..subhanallah benar apa yg dikatakan oleh puan noraslina. saya sangat terkesan apabila membaca ayat2 yg terdapat di dalam buku beliau. benar kecantikan itu yg kita pandang terutama apabila kita merasakan dunia ini adalah segalanya2. dari situ muncul rasa riak, takbur dan ujub di mana terlalu bangga dengan kecantikan diri sehingga kita lupa bahawa semua itu hanya pinjaman ALLAH.pinjaman yang akan menentukan cara kita berfikir dan tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada ALLAH.. ALLAH. jangan engkau hanyutkan diri ini dan muslimah2 yang lain dengan godaan nafsu dunia dan godaan syaitan yang hanya bersifat sementara. 

setiap ciptaan ALLAH itu cantik:)bersyukurlah dan mari sama2 kita muhasabah diri bahawa yang paling terindah itu adalah apabila kita berjaya meningkatkan rasa rendah diri, rasa keimanan , ketakwaan dan kecintaan kita kepada ALLAH dan RASULALLAH. 

dalam kita meniti hari2 yang ALLAH telah tuliskan untuk kita bernafas di bumi ALLAH ini kita kadang2 terasa sangat di uji apabila kita termakan dengan godaan dan nafsu duniawi dari syaitan, ini kerana syaitan telah meminta dari ALLAH untuk menyesatkan anak2 adam sehingga ke hari kiamat. tapi sayangnya mereka2 yg terhasut dengan godaan syaitan ini akan menyesal apabila tiba hari pembalasan ALLAH meminta mereka untuk memanngil syaitan2 yg mereka sekutukan dengan ALLAH.. tapi hampa. mereka tidak hadir. 



astaghfirullah. masih banyak kelemahan diri ini yang masih perlu diperbaiki. permudahakan urusan hambamu ini 

No comments: