Friday, June 8, 2012

surah al kahfi ayat 45 - 48


assalamualaikum


kemukakanlah pada mereka perumpamaan, kehidupan di dunia ini samalah seperti air yg kami turunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu dgn lain (berkembang subur) disebabkan air itu, kemudian ia menjadi kering hancur di tiup angin, ingatlah ALLAH maha berkuasa atas tiap2 sesuatu.

harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia dan amal2 salih yg kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi tuhanmu sbgi balasan pahala dan lebih baik sbgai asas yg memberi harapan.

ingatlah hari kami membongkar dan terbangkan gunung -ganang dan engkau akan melihat seluruh muka bumi terdedah nyata dan kami himpunkan mereka di padang mahsyar sehingga tidak seorang pun tertinggal.

mereka tetap akan di bawa menghadap tuhanmu dgn berbaris beratur sambil dikatakan kepada meraka, kamu sekarang telah datang kepada kami berseorangan sebagaimana telah kami jadikan kamu pada mulanya. bahkan kamu dahulu menyangka bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu untuk melaksanakan apa yang telah kami janjikan.

No comments: