Monday, November 29, 2010
santapan minda
salam
minda adalah aset yg paling penting untuk membentuk jiwa dan diri setiap insan.
kadang2, kita tersilap langkah hanya disebabkan kita tersalah dalam mendidik minda kita kerana tanpa kita sedari kita telah mengotorkan hati dan minda kita dengan kesalahan dan kealpaan diri.
mungkin terdapat sesetengah individu yg berpendapat bahawa penjagaan makanan dapat memelihara minda supaya kekal cergas dan bijak..secara scientific YA byk mknn yg dapat menyumbang kepada perkembangan otak dan minda,
tetapi bagi seorang muslim apakah santapan minda yg paling mudah dan terbukti keberkesanannya?
mendekatkan diri dengan ALLAH dengan membaca al quran,berzikir,bertahmid,menunaikan solat sunat, solat di awal waktu,menggunakan perkataan yg baik,berkwn dengan org yg baik akhlak dan berbagai lagi ciri yg membolehkn minda dan rohani kita sebagai seorang muslim terpelihara.
islam itu agama yg mudah dan ALLAH itu amat menyayangi umatnya,tetapi kenapa masih terdapat individu yg tidak bersyukur dan masih mempertikaikan kebenaran dan kesucian islam itu sendiri..INI ADALAH PERSOALAN DIMANA MINDA YG KUAT DAN SUCI MEMPENGARUHI PEMIKIRAN KITA TENTANG ISLAM.
walaupun kita dilahirkan sebagai islam, namun dalam dunia yg semakin maju dan serba moden ini, kita dpt lihat islam itu juga turut kabur dari pandangan. cara mereka menyampaikan mesej dan pembawaan diri mereka..menunjukkan islam hanya pada nama. bukan pada hati mereka.
YA, ISLAM IS MY RELIGION.tapi dimana islam yg dimaksudkan?adakah dengan hiburan yang melalaikan?artis yg seksi?pakaian yg kalau kita tgk dh macam artis barat.?mana perginya islam yg dimaksudkan..
ya ALLAH, teruskan membimbingmu umatmu.jgnlah engkau berhenti dari membimbing kami ke jalan yg diredhaiMU.
sejak dr zaman kemunculan islam hinggalah kini..ALLAH sentiasa berusaha memberikan petunjuk tentang islam dengan menghantar wali - walinya dan juga al quran sebagai panduan hambanya..tapi, perkara itu hanya sia - sia kerana kebanyakan manusia lalai dengan kemewahan dan kesenangan dunia ..
firman ALLAH : kami menurunkan al quran kerana pada malam yg berkat itu dijelaskan kepada malaikat perkara2 yg mengandungi hikmah. iaitu urusan yg besar dr sisi kami. sesungguhnya kami adalah yg mengutus para rasul. sebagai rahmat drpd tuhanmu. sesungguhnya ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui (surat al- dukhan, ayat 4-6)
firman ALLAH: kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata 'dia seorang yg diajar oleh org lain dan seorang yg gila ( surah al - dukhan , ayat 14)
drpd al quran juga telah dinyatakan kedegilan umat manusia yg ingkar dan taksub dgn kehidupan dunia..marilah kita sama2 renungkan dan membaiki kelemahan diri sebagai hamba ALLAH supaya kita dapat menjadikan islam sebagai pegangan hidup dan santapan minda yg dapat menjamin kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di akhirat..INILAH YG KITA CARI,KEREDHAAN ALLAH SUPAYA KITA DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBANYA YG BERIMAN..AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment