Monday, September 15, 2014

wedding preparation, sebelum bernikah :)

assalamua'laikum 
hai semua :)
lama rasanya tak update blog ni. 
siapa sisters dekat sini yang tengah buat preparation untuk kahwin?angkat tangan cepat.! :D
insyaALLAH hari ni saya nak share sikit tentang prosedur dan apa yang perlu sisters semua buat supaya sisters semua dapat kahwin on time, eh hehe mksdnya time yg sisters semua plan, dan insyaALLAH dengan izin ALLAH :)

perkara pertama yang sister dan pasangan perlu ada adalah SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN
macam mana nak dapatkan sijil ni sister boleh pergi dekat laman web jabatan agama islam selangor (since saya dan pasangan orang selangor:) kalau negeri lain maybe lebih kurang sama)
TEKAN LINK untuk info mengenai kursus pra perkahwinan
atau atau atau, sesiapa yg ada kenalan dalam JAIS boleh la suruh dorg book kan. heheh

ni sijil kursus pra perkahwinan

the book and guideline that will be given on course day 

 the souvenir. time pegi kursus ni bulan ramadhan jadi dapat kuih bangkit dalan beg ni, so xrugi pergi kursus kahwin ni ya, :D

NEXT, in between sister dah book tarikh untuk kursus pra perkahwinan sisters boleh pergi dekat lama web NCR (nikah ruju' cerai) JAIS ni untuk tgk apa yang perlu buat. 

apa yang perlu sisters buat baca apa yang ada dekat situ. ada mengenai perkahwinan dan yang penting prosedur perkahwinan. okay, untuk dapatkan borang kahwin seperti yang dinyatakan dalam prosedur perkahwinan sisters kena log in dulu dalam web NCR ni : the most important tips, DONT FORGET YOUR PASSWORD YA, kalau lupa kena call jabatan agama :)
 
klik picture for largest image

bila dah log in kita akan isi semua yang diperlukan dan kena print borang tersebut (in pdf form) 

ATTENTION sisters:) bila dah print borang ni kena bawak borang ni jumpa dengan pendaftar nikah dekat tempat masing2 dan kena bawak wali dan 2 orang saksi ya
dan yang paling penting BORANG KEBENARAN BERNIKAH PIHAK LELAKI,BORANG PENGESAHAN HIV dan SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN pun kena bawak sekali

EXPIRY DATE: borang ni perlu di selesaikan sekurang2 nya 2 bulan sebelum tarikh nak nikah, lagi awal dari tu xboleh tau :)

untuk BORANG PENGESAHAN HIV ni sisters hanya boleh dilakukan di klinik kesihatan kerajaan sahaja. klinik swasta tidak dibenarkan. tak perlu bawak apa2 cuma pergi ke klinik kesihatan berdekatan tempat tinggal sisters dan cakap nak buat HIV test. then the nurse there will inform the next step.  
macam saya, saya pergi ke 2 buah klinik kesihatan (KK seksyen 19 dan seksyen 7)
both clinic we can attend for the test, unfortunately time saya pergi KK seksyen 19 die kata kit untuk test xde. jadi saye procerd to KK seksyen 7. alhamdulillah.settle on that day jugak. around 2 hours procedures and waiting :)

EXPIRY DATE: borang pengesahan HIV ni valid fro 6 months dari tarikh kita perform and dpt approval the test dari doctor. 
 the fee: rm 1 ja, kerajaan murah :)

ni borang yang kena isi untuk test tu, cucuk tangan untuk amek darah necessary ya, hee:)

NEXT, bila dah jumpa pendaftar nikah dengan borang yang telah diprint tadi , borang kebenaran nikah pihak lelaki bersama wali dan 2 orang saksi (saksi ni untuk dapatkan pengesahan pendaftar nikah, saksi masa nikah pendaftar nikah yang sediakan) and pendaftar nikah dah sahkan borang tadi , kena bawa borang yang dah disahkan oleh pendaftar nikah bersama sijil pra perkahwinan, borang kebenaran bernikah lelaki dan borang HIV test ke pejabat agama daerah masing2 (macam saya pejabat agama daerah klang) untuk dapatkan kebenaran bernikah daripada pejabat agama. 

ni borang kebenaran nikah yang dikeluarkan oleh pejabat agama daerah. 

nampak macam complicated, tapi insyaALLAH jika kita follow step yang dh diberitahu and kalau musykil call pejabat agama terus :) semoga perkongsian yang tidak seberapa ni dapat membantu sisters semua membina rumah ALLAH. ameen. doakan keberkatan rumah tangga saya dan suami juga ya. jazakallahukhair :)

Tuesday, June 24, 2014

Tempoh Berpantang: Mimpi Ngeri Selepas Bersalin? – Dr. Ayu Akida

assalamua'laikum, 
hope this great info can help mummies out there :)

Kelahiran cahaya mata adalah kemuncak penantian sebuah kehamilan; pertama kali melihat wajah cahaya mata maka terasa kesemua kesakitan ketika bersalin lenyap. Walaubagaimanapun, sejurus selepas itu, merupakan saat-saat yang paling ditakuti oleh kebanyakan ibu-ibu; saat apabila anda ditentukan oleh amalan kepercayaan temurun (di Malaysia sekurang-kurangnya) untuk menjalani ‘program’ berpantang pasca-bersalin yang terdiri daripada makanan tawar, penggunaan kipas atau penghawa dingin yang minimum, pergerakan fizikal yang minimum, berada dalam keadaan bertutup dengan pelbagai jenis balutan dan lapisan pakaian. Malah, ada juga yang terpaksa tidak bermandian sehingga berhari-hari kerana ditakuti melanggar pantang larang. Senarai ini tidak berkesudahan dan jika saya mempunyai masa dan dana untuk berbuat demikian, satu kajian yang teliti tentang amalan berpantang bagi setiap kumpulan budaya di Malaysia akan menemui buku terbitan saya yang perumpamaannya seperti sebuah kamus.

Kini, saya tidak ragu-ragu tentang para ibu yang memilih untuk mematuhi  semua amalan-amalan ini. Malah , terdapat juga kebaikan dalam menambahkan lagi pengalaman kepada ibu-ibu muda. Walau bagaimanapun, satu perkara yang hampir sentiasa tersebar luas hingga ke hari ini adalah keperluan segera para bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk kembali kepada bentuk badan dan berat ketika pra-kehamilan , dan ini adalah hampir dapat dicapai dengan melalui sekatan pemakanan. Bidan kampung atau ‘wanita berpantang’ mempunyai amalan mereka tersendiri  ’10 Rukun ‘ di mana para ibu baru perlu mematuhinya. Dan terdapat satu daripadanya yang mengungguli senarai teratas ialah sekatan makanan. Sesetengahnya pula, hanya menjalani diet seperti bubur nasi cair, dengan taburan ikan bilis dan juga halia; ada juga antaranya yang tidak memakan langsung buah-buahan dan juga sayur-sayuran kerana dikhuatiri akan menyebabkan perut dimasuki ‘angin’; sementara ada juga yang hanya memakan sup panas. Terdapat juga segelintir yang melupakan rutin kehamilan mereka dengan tidak mengambil makanan tambahan yang diperlukan dan disyorkan. Apa jua amalan pemakanan dalam tempoh ini, sebenarnya adalah tidak mencukupi.
Source: www.healthxchange.com.sg
Sumber: www.healthxchange.com.sg
Semasa bersalin, badan mungkin telah kehilangan sejumlah besar darah. Tisu-tisu perlu diperbaiki dan biasanya tenaga dan kekuatan anda perlu ditambah semula. Ini hanya boleh dicapai dengan mengekalkan pengambilan diet yang teratur ketika sedang berpantang. Ia selamat untuk ibu-ibu yang sedang berpantang (dengan syarat mereka tiada alahan) untuk mengambil protein yang betul seperti ikan, ayam dan daging, di mana ia adalah asas penting untuk kerja-kerja pemulihan yang diperlukan oleh badan. Karbohidrat dan intipati lelemak diperlukan dalam membekalkan tenaga dan juga  proses-proses metabolik yang lain. Vitamin dan mineral yang terdapat dalam kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan, juga berkepentingan dalam menyokong semua proses penyembuhan badan. Oleh itu, pada asasnya, kesemua makanan yang anda ambil ketika mengandung, MASIH sangat relevan dalam tempoh berpantang anda. Ini seterusnya dapat menampung makanan tambahan yang pernah diambil ketika mengandung dahulu. Malahan, ibu-ibu yang berterusan mengambil makanan tambahan ini akan pulih lebih cepat dan akan menikmati pengalaman keibuan yang lebih baik.

Secara naturalnya, ibu-ibu yang baru, berhasrat untuk menyusukan bayi mereka untuk suatu tempoh masa yang baik. Walau bagaimanapun,terdapat juga aduan biasa (dan memilukan hati) di kalangan ibu-ibu bahawa jumlah susuan mereka tidak mencukupi. Selain mendapat sokongan yang ampuh (psikologi & moral) dari orang-orang yang tersayang, satu lagi cara yang terbaik untuk mendapatkan pengaliran susu ibu yang baik adalah dengan memastikan diet yang optimum dalam tempoh berpantang ini. Ini, ditambah pula dengan penghidratan yang baik, adalah penting dalam menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Justeru itu, ibu-ibu baru tidak seharusnya  menyekat pengambilan air mereka. Terdapat beberapa amalan selepas bersalin tempatan yang menyekat pengambilan air kerana takut menggalakkan perut mengembung. Melainkan terdapat sebarang kontraindikasi ketara (seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda), cuba untuk kekal terhidrat secukupnya dengan meminum sejumlah air yang dicadangkan , kerana ini dapat memberi manfaat kepada ibu dan bayi. Tambahan pula, ibu-ibu yang menyusukan anak secara terus, akan segera kembali langsing dan ini akan menjadi alasan dan motivasi yang cukup baik bagi anda untuk makan dan minum dengan teratur dan menyusu-badan pada masa yang sama.
Sumber: www.webmd.com
Sumber: www.webmd.com
Satu lagi isu yang biasa di kalangan ibu-ibu ialah keperluan untuk bersenam. Tidak dinafikan, proses bersalin secara normal adalah memenatkan dan akan menyebabkan anda berasa keletihan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda mempunyai tenaga dan atas cadangan doktor anda untuk berbuat demikian, cubalah untuk menggabungkan beberapa senaman yang teratur yang menggerakkan otot teras anda. Otot teras yang kukuh pasti akan memberi kesan yang lebih kekal daripada mana-mana korset atau bengkung badan. Ini tidak tidak termasuk ibu-ibu yang telah melalui C-Seksyen. Sebaik sahaja doktor anda memberi kebenaran, luangkan masa untuk membina otot dan stamina, dan bentuk badan yang diimpikan, dapat dicapai.

Terdapat banyak latihan-latihan yang disyorkan dalam talian untuk ibu baru, tetapi saya mencadangkan bahawa anda berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti seperti  itu. Kebanyakan  pengamal kesihatan akan mengesyorkan untuk memulakan senaman selepas 6 minggu bersalin. Ini harus dimulakan dengan beberapa aktiviti ringan untuk  membiasakan diri anda dengan latihan fizikal. Kekuatan akan terbina secara beransur-ansur dan dengan penggabungan diet yang betul , anda akan kelihatan ramping dalam sedikit masa lagi. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa, senaman itu adalah sangat penting. Banyak lagi isu-isu yang dibahaskan dalam amalan berpantang di kalangan wanita di Malaysia. Walau bagaimanapun, isu-isu pengambilan makanan dan minuman yang betul begitu juga senaman, diketengahkan untuk menggalakkan kesedaran tentang apa yang elok untuk mana-mana ibu-ibu baru. Lagipun, tiada salahnya dalam membuat pilihan yang tepat supaya keindahan bersama cahaya mata dapat dinikmati.

Artikel ini diterjemah dari : http://www.mmgazette.com/the-confinement-period-a-post-delivery-nightmare-dr-ayu-akida/ oleh Raja Maizatul Azaria.
Dr. Ayu Akida adalah seorang pakar kesihatan awam yang mempunyai minat dalam perubatan keluarga dan kesihatan wanita. Ketahui beliau dengan lebig lanjut dalam laman The Team.
Rujukan:
  1. Lovelady, C 2011, ‘Balancing exercise and food intake with lactation to promote post-partum weight loss’, The Proceedings Of The Nutrition Society, 70, 2, pp. 181-184, MEDLINE with Full Text, EBSCOhost, viewed 22 October 2013.

Wednesday, August 7, 2013

steam chocolate cheese cake

assalamua'laikum sahabat2 :)
nk share resepi kek coklat cheese kukus ni, bgi yg xde oven u may choose this alternative to feel the melting cheese in the mouth. ehe ^_^



BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 tablespoon tepung gandum

Cara-cara

Pukul cream cheese bersama gula.
Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (untuk kek ni saya guna resepi kek coklat keju bakar seperti yang dibawah,but if u want to try these ingredients also no problem, tell me jadi ke tak ye?hehe)


  • 170 gm gula kastor
  • 180 mentega
  • 20 gm serbok koko
  • 120 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur gred A

u may use these ingredients for the chocolate cake ^_^ i used it and it is success, yeay!


  • 2 biji telur 
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil vanila
  • 2 tablespoon serbuk koko
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2  cawan susu segar/cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak 
  •  cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara - cara 


  • Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti  koko 
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tepung gandum,baking soda dan baking powder yang telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan.

Monday, August 5, 2013

diamond is a woman

assalamua'laikum
 
Tutup aurat tidak sama dengan balut aurat ye. tutup aurat adalah menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan, pakaian yg dikenakan jugak adalah longgar, tidak jarang, tidak nipis, tidak melekat, tudung yg di pki mestilah labuh menutup dada. mmg benar tidak salah untuk berfesyen asalkan fesyen yg dikenakan tidak menyalahi hukum ALLAH. dan pakaian yg terbaik adalah pakaian takwa. kenap...a perlu berhempas pulas cantik di mata manusia andai diri yg hina dina ini tidak pernah cantik di mata ALLAH. wanita adalah fitnah terbesar di akhir zaman di mana syaitan menggunakan wanita sebagai senjata utama mereka untuk melemahkan iman umat sejagat , terutama kaum adam . rasulallah bersabda, baginda melihat di dalam neraka, penghuni yg ramai di dalam neraka itu adalah wanita.
 
apabila tangan ini menulis tidak pernah merasa diri ini yg terbaik kerana saya masih mencari dan terus mencari redha ALLAH. semoag sama2 kita menjaga diri sebagai seorang wanita yg di kasihi ALLAH
 



Sunday, August 4, 2013

wedding :)

assalamua'laikum
mabruk kepada sahabat2 yang akan mendirikan rumah tangga .  barakallahulakuma wa jamaa' bainakuma fil khair. perkahwinan bukan satu medan pertempuran yang boleh kita main2 kerana cinta yg termeterai di dalam perkahwinan adalah cinta yg dilindungi bawah rahmat ALLAH. dan mmg benar perkahwinan itu bukan mudah. tetapi bagaimana kita mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan di dunia ni begitu juga kita perlu mempersiapkan diri untuk memperoleh pahala untuk bekalan akhirat ini. perkahwinan adalah jalan menuju ke syurga selagi mana kita meletakkan iman dan takwa kepada allah dalam melayari bahtera perkahwinan. ;-)
benar kehidupan di dunia juga ini sementara , tetapi perkahwinan adalah salah satu nikmat yg ALLAH kurniakan kepada umat manusia untuk melengkapi antara satu sama lain di mana fitrah manusia yg allah dah jadikan sejak lahir adalah untuk saling melengkapi. kepada sahabat2 yg dah diberi rezki dan peluang oleh allah untuk menjalankan ibadah ni.. mabruk sahabatku2. semoga ALLAH sentiasa memberkati kalian. tetapi kepada yg belum , tidak salah untuk berdoa allah mempertemukan kita dengan jodoh kita, tapi ingat ye, kita hidup di dunia ni bukan tujuan utama untuk berkahwin, tetapi untuk beribadah kepada allah. selagi mana kita percaya ALLAH dah tentukan jodoh kita selagi tu kita perlu redha dengan setiap ketentuan ALLAH. kalau bukan dekat dunia mungkin di syurga. terlalu byk nikmat kasih syg yg ALLAH kurniakan kepada kita. kasih sayang sahabat, rakan2, dan paling penting kasih syg adik beradik kita, ibu , ayah, rasulallah yg sentiasa menyayangi kita sehingga ke akhir nafas baginda. allahu allah. besar sungguh nikmat kasih sayangmu ya ALLAH. alhamdulillah 

 marriage short course attended with my besty faizah:)



my 2nd time attending the marriage short course, am i alone? rahsia. hehe ^_^

Saturday, July 13, 2013

assalamua'laikum, 
pictures speak more than words :)
islam itu indah.




Thursday, July 11, 2013

tahniah sahabat baikku :)

assalamua'laikum
tahniah sahabat baik ku :) sgt gembira di atas pertunangan kamu :)
semoga urusan awak dan tunang akan dipermudahkan for the next step. 
tahniah FAIZAH DAN HELMi ;D
semoga korang dapat posting sama2 dan dapat jadi HO yg berjaya dunia dan akhirat dan cepat2 membina masjid. im just too excited for u my besty . love u so much. semoga persahabatan ini kekal until jannah walaupun kita akan bawa haluan masing2 nanti. syg awk kerana ALLAH :)


for the men side

 
for the men side

for the women side 

 pelamin ^_^

doorgift :)