Sunday, August 4, 2013

wedding :)

assalamua'laikum
mabruk kepada sahabat2 yang akan mendirikan rumah tangga .  barakallahulakuma wa jamaa' bainakuma fil khair. perkahwinan bukan satu medan pertempuran yang boleh kita main2 kerana cinta yg termeterai di dalam perkahwinan adalah cinta yg dilindungi bawah rahmat ALLAH. dan mmg benar perkahwinan itu bukan mudah. tetapi bagaimana kita mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan di dunia ni begitu juga kita perlu mempersiapkan diri untuk memperoleh pahala untuk bekalan akhirat ini. perkahwinan adalah jalan menuju ke syurga selagi mana kita meletakkan iman dan takwa kepada allah dalam melayari bahtera perkahwinan. ;-)
benar kehidupan di dunia juga ini sementara , tetapi perkahwinan adalah salah satu nikmat yg ALLAH kurniakan kepada umat manusia untuk melengkapi antara satu sama lain di mana fitrah manusia yg allah dah jadikan sejak lahir adalah untuk saling melengkapi. kepada sahabat2 yg dah diberi rezki dan peluang oleh allah untuk menjalankan ibadah ni.. mabruk sahabatku2. semoga ALLAH sentiasa memberkati kalian. tetapi kepada yg belum , tidak salah untuk berdoa allah mempertemukan kita dengan jodoh kita, tapi ingat ye, kita hidup di dunia ni bukan tujuan utama untuk berkahwin, tetapi untuk beribadah kepada allah. selagi mana kita percaya ALLAH dah tentukan jodoh kita selagi tu kita perlu redha dengan setiap ketentuan ALLAH. kalau bukan dekat dunia mungkin di syurga. terlalu byk nikmat kasih syg yg ALLAH kurniakan kepada kita. kasih sayang sahabat, rakan2, dan paling penting kasih syg adik beradik kita, ibu , ayah, rasulallah yg sentiasa menyayangi kita sehingga ke akhir nafas baginda. allahu allah. besar sungguh nikmat kasih sayangmu ya ALLAH. alhamdulillah 

 marriage short course attended with my besty faizah:)



my 2nd time attending the marriage short course, am i alone? rahsia. hehe ^_^

No comments: