



assalamualaikum
haii semua
just saye tertanya2.adakah kita yang islam dalam kad pengenalan benar2 islam di hati juga?
apa tafsiran korg pasal islam?
parents islam so aku pun islam
dlm IC dh tulis islam so aku pn islam lah?
tp sebenarnye bukn islam ni yg kita cari.
islam yg ALLAH mahu adalah islam dari hari sehingga ke perbuatan kita
firman ALLAH: di kalangan manusia ada yang berkata, ' kami telah beriman kepada ALLAH dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya bukan org yang beriman. (surah al baqarah ayat 8)
untuk menjadi muslim yg sejati kita perlu berusaha memperbaiki ibadah kita dari masa ke semasa.. kenapa mesti ibadah?ibadah byk..bukn hanya tertumpu kepada solat dan puasa sahaja, bersedekah, berakhlak baik, menghormati org lain, menuntu ilmu, makan, mandi, berjoging dan sume perkara yang kita buat adalah ibadah..cuma kita xsedar je..tp untuk mendapatkan pahala dari ibadah ini kita perlu melakukannya kerana ALLAH..bukan bile mandi tu kita niat nk mndi sbb ibadah then dapat pahala..
sebenarnye ia lebih kepada bila aku mandi aku akan bersih untuk menunaikan solat dan kemudian aku dapat khushui di dalam solat dan seterusnya solat aku akan diterima oleh ALLAH.itulah sebenar2 ibadah dimana SOLAT itu adalah tiang agama. setiap ibadah kecil yang kita lakukan akn membawa kita kepada solat yg sempurna.kenape saye kate begitu?
- bile kita makan kita bertenaga untuk solat, makan secara sederhana dan sihat. tidak minum arak kerana arak memabukkan..camne nk solat kalau dh mabuk kn?
- bile kita bersenam kita lebih sihat untuk menunaikan solat..xdela sakit tulang, sakit belakang, migrain..dan2 bile nk solat sakit sume kn?
- bile kita belajar kita dapat mendalami ilmu yang kita pelajari dari situ tertanam kecintaan untuk terus sujud kepada ALLAH bagi mencapai keredhaan ALLAH supaya ilmu yang kita pelajari diberkati.
firman ALLAH: wahai sekalian manusia , beribadahlah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan org yang terdahulu daripada kamu, agar kamu menjadi org yg bertaqwa. (surah al baqarah ayat 21)
saya pn masih berusaha memperbaiki diri:(
TQ for reading this entry :)