Sunday, March 31, 2013

ujian

assalamua'laikum
setiap ujian yg ALLAH berikan adalah kerana ALLAH sayang kepada kita.
kita tidak boleh salahkan ALLAH atau sesiapa andai ujian itu menimpa kita kerana mungkin ada dosa yg pernah kita buat sebelum ni dan menjadikan ia kafarah dosa kita. allahu allah. dh buat dosa pn ALLAH masih sygkan kita kn :( ''. kerdil sungguh diri ini di bumi mu ya ALLAH 

berikan diriku kekuatan dan ketabahan untuk terus maju sebagai hambamu ya ALLAH :)

Tuesday, March 26, 2013

CINTA ALLAH CINTA YANG MEMBAHAGIAKAN



cinta,
cinta,
kasih,
sayang,
semua ini adalah kerana yang membezakannya adalah keikhlasan yang bertakhta di hati kita,
kerana anugerah terindah ini adalah nikmat pemberian ALLAH,
tanpa belas kasihan ALLAH, kita sebagai hambanya xkan pernah merasa nikmat cinta ini,
allah hadirkan cinta ini dalam pelbagai bentuk,
nikmat pendidikan, nikmat keluarga, nikmat kekayaan, nikmat kesusahan, nikmat mempunyai cinta suami atau isteri,
ALLAH, ALLAH, terlalu banyak cinta yg allah salurkan kepada kita tapi kita lupa,
lupa untuk bersyukur ,
lupa untuk menghargai,
lupa untuk mengucapkan alhamdulillah,
kerana kita tidak pernah merasa cukup, muhasabah diri kita semula untuk bersyukur dengan setiap perkara yang hadir di dalam hidup kita,
setiap pelngi kehidupan yang mewarnai hidup kita,
setiap luka yang kita lalui,
itu semua nikmat yg allah berikan supaya kita menjadi hamba yg bersyukur,
ya, bersyukur itu kuncinya,
andai hari ini kita terus mempersoal dan mepertikai, perkataan syukur itu tidak akan pernah terdetik, malah kita akan terus menjadi hamba yg lupa asal usulnya,
septutnya kita perlu redha dengan qadha dan qadar ALLAH, barulah lengkap rukun iman kita,
alhamdulillah ya ALLAH.. di atas nikmat2 mu :)

dewasa ini, kita sering di lalaikan dengan cinta manusia,
cinta dari cerita korea, hindustan, english, cerita melayu malah lebih lagi rasanya impaknya kepada kita,
melayu yang sepatutnya sinonim dengan islam tetapi islam pada nama sahaja?
ALLAH, tolonglah lindungi seluruh umat islam supaya sentiasa berada didalam hidayah mu,
aku disini menulis bukan kerana aku terlalu baik, tetapi kerana aku percaya cinta kepada ALLAH dan RASUL akan membawa kepada cinta insan yang mencintai ALLAH DAN RASUL juga,
cuma aku takut, aku takut jika umat islam yg  terus lalai dengan cinta duniawi ini akan lari dari rahmat mu, masakan aku tidak takut kerana bukan aku mahu masuk ke syurga seorang diri tetapi aku mahu semua umat islam bersama2 melangkah masuk ke jannah mu ya ALLAH.
bangkitlah dan sedarlah saudaraku, cinta yg sejati yg akan membawa kita ke syurga adalah dengan jalan perkahwinan,
islam tidak melarang atau menghalang fitrah manusia untuk bercinta,
malah disalurkan dengan cara yg barakah iaitu PERKAHWINAN
indahnya cinta ini, indahnya percaturan ALLAH,
inilah salah satu jihad kita, jihad kita menahan nafsu sehingga ke jalan yg diredhai ALLAH.

adakah aku masih mempunyai peluang untuk merasai nikmatmu ini ya ALLAH?
AKU YAKIN JIKA BUKAN DI DUNIA INI , DI SANA NANTI AKU PASTI BERTEMU DENGAN JODOH PERKAHWINAN KU:)

Monday, February 11, 2013

kecantikan yang sebenar

assalamua'laikum
rakan2 dan para pembaca yang di kasihi
saya ingin berkongsi sedikit petikan dari buku yg saya baca bertajuk CINTA TIGA RASA , penulisnya noraslina jusin (isteri Dr zaharuddin abdul rahman)

''wanita adalah umpama kuntuman mawar . mekar indah dengan pelbagai warna, putih bersih, merah muda , merah menyala dan kuning di raja, akan tetapi pada setiap penghujungnya, semua kuntuman mawar itu akan dihidu dan dinilai dengan cara yang sama , iaitu melalui keharumannya yang semerbak walau apa pun warnannya. lalu begitulah juga kita, dengan pelbagai bentuk tubuh, ketinggian dan paras rupa, pengakhirannya kita semua memiliki satu ciri yang sama, kecantikan semula jadi kurniaan Yang maha Adil lagi Bijaksana. bersyukurlah!!
namun, jangan lupa wahai muslimahku, kecantikan luaran hanya sementara, kecantikan dalaman yang seharusnya lebih kita jaga dan perhati sentiasa. sebaik- baiknya jika indah rupa luaran pada pandangan manusia , mudah - mudahan cantik juga jiwa di dalam yang lebih di pandang tuhan yang masa esa. ''


nice kan perkongsian ini..subhanallah benar apa yg dikatakan oleh puan noraslina. saya sangat terkesan apabila membaca ayat2 yg terdapat di dalam buku beliau. benar kecantikan itu yg kita pandang terutama apabila kita merasakan dunia ini adalah segalanya2. dari situ muncul rasa riak, takbur dan ujub di mana terlalu bangga dengan kecantikan diri sehingga kita lupa bahawa semua itu hanya pinjaman ALLAH.pinjaman yang akan menentukan cara kita berfikir dan tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada ALLAH.. ALLAH. jangan engkau hanyutkan diri ini dan muslimah2 yang lain dengan godaan nafsu dunia dan godaan syaitan yang hanya bersifat sementara. 

setiap ciptaan ALLAH itu cantik:)bersyukurlah dan mari sama2 kita muhasabah diri bahawa yang paling terindah itu adalah apabila kita berjaya meningkatkan rasa rendah diri, rasa keimanan , ketakwaan dan kecintaan kita kepada ALLAH dan RASULALLAH. 

dalam kita meniti hari2 yang ALLAH telah tuliskan untuk kita bernafas di bumi ALLAH ini kita kadang2 terasa sangat di uji apabila kita termakan dengan godaan dan nafsu duniawi dari syaitan, ini kerana syaitan telah meminta dari ALLAH untuk menyesatkan anak2 adam sehingga ke hari kiamat. tapi sayangnya mereka2 yg terhasut dengan godaan syaitan ini akan menyesal apabila tiba hari pembalasan ALLAH meminta mereka untuk memanngil syaitan2 yg mereka sekutukan dengan ALLAH.. tapi hampa. mereka tidak hadir. 



astaghfirullah. masih banyak kelemahan diri ini yang masih perlu diperbaiki. permudahakan urusan hambamu ini 

Sunday, February 3, 2013

hijab event: hijab im in love

assalamua'laikum
sahabat2 sekalian 
alhamdulillah semalam (2 feb 2013) saya diberi peluang untuk menghadirkan diri ke hijab event: hijab im in love bersama sahabat saya dayah d debab ^_^
subhnallah .terlalu berharga ilmu yg ALLAH beri . 
why we wear hijab?we must say it proudly that hijab is a connection between us with ALLAH..wherever we go. ALLAH is looking at us , what we are doing, not other people looking at us. yeah, we will tend to give an impression when people look at us. but we need to look back why we wear hijab?not to attract people..but who are we to ALLAH .
allah, terlalu banyak ilmu yg masih perlu di topup. salah seorang panel time event tu adalah DR fadhilah dari canada. apabila kita berhijab apa tujuan kita semua ?berfesyen? dan menarik perhatian org?? allah allah..betulkan niat kita sisters. segalanya kita mesti niatkan kerana ALLAH. 
kak wardina pn..sgt hebat. alhamdulillah dia telah berhijrah ke arah yg lebih baik . dia siap mintak maaf sbb dulu die masih menutup aurat secara xsempurna..tpi die berubah yes BERUBAH ke arah yg lebih baik dan lebih baik lagi.begitu juga kita. 
point yg lain yg penting. iaitu MALU . allah, kita perlu malu , malu dengan sapa..sudah semestinya ALLAH..allah pencipta yg kita perlu abdikan diri kepadanya. apabila kita menutup aurat dan menjaga maruah sebagai wanita islam adalah kerana kita malu nk membuat kejahatan..kita malu kepada khaliq yg sedang memerhatikan kita.khlaiq yg sepatutntya kita ikut segala perintah nya. 
sisters, menurut perintah ALLAH BUKAN BERERTI KITA TERKONGKONG.BUKAN BUKAN. 
ada hikmah di sebalik semua itu. ALLAH terlalu menyayangi wanita. terlalu memuliakan wanita. yes wanita . dan kita jugak xnk masuk dalam neraka seperti sabda nabi yg mengatakan baginda melihat ramai antara ahli neraka itu wanita (maaf saya masih mempelajari ilmu mengenai hadis ini, maaf tidak menyertakan riwayat nya) ALLAH, SUBHNALLAH.takutnya hati ini di kala membaca hadis nabi ini.. ya ALLAH lindungi ibu ku, adik2 perempuan ku, sahabatku dan wanita2 muslim yg lain daripada api nerakamu ya ALLAH. 

firman ALLAH surah al ahzab 33:59 hai nabi, katakanlah kepada isteri - isterimu , ank perempuanmu  dan isteri2 org mukmin,hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya  ke seluruh tubuh mereka, yg demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak akan di ganggu,


maaf andai perkongsian ini aa kekurangan sesungguhnya sesempurna pengetahuan adalah daripada ALLAH S.W.T . masih berusaha memperkasakan ilmu .doakan saya sahabat2:)

Sunday, January 20, 2013

al haura hijab fashion


 assalamua'laikum

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang


telah berjaya di daftar dengan syarikat- syarikat malaysia(SSM) dengan no pendaftaran SA0245423-X
alhamdulillah ya ALLAH.. kami menjual hijab yang insyaALLAH memenuhi tuntutan syara'. jadi kawan2 boleh lawati kami di face book ye . segala pertanyaan, perlulah di inbox atau email ke alhauras@gmail.com 










harga yang kami tawarkan juga insyaALLAH berpatutan :)

Saturday, January 12, 2013

DIY pelamin dan baju tunang :)

assalamua'laikum

dh lama sgt xupdate blog. minta maaf sebab kebanyakan post yang dikongsi adalah copy paste dari sumber2 yang menjadi rujukan saya. sebab saya masih belajar untuk memantapkan ilmu sendiri. nak tulis pandangan sendiri takut nant tersalah tulis. insyaALLAH lepas ni akan ada perkongsian pandangan saya.semoga ALLAH permudahkan segalanya. BTW, saya nk share DIY pelamin dan baju tunang saya hari tu.simple sgt2, maaf kalau tak secantik kawan2 yang lain. tpi saya berpuas hati dan bersyukur kerana diberikan peluang oleh ALLAH untuk menggunakan pelamin dan baju tunang tu. ^_^

Saturday, December 8, 2012

18th november 2012

assalamua'laikum
alhamdulillah everything goes smoothly :)